Sunday, February 8, 2009

SEJARAH AWAL PENUBUHAN PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B TEBUK MUFRAD

Sejarah awal Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad dipelopori oleh dua orang anak muda tokoh yang aktif iaitu Tn Hj Ismail B. Hj Zakaria dan Tn Hj Darno Hj Shukor. Pada ketika itu persatuan ini amat aktif dengan pelbagai projek ekonomi belia sehingga berjaya menjemput Menteri Belia dan Sukan ketika itu Dato Ali Ahmad merasmikan projek tanaman koko di kampung ini. Antara peninggalan mereka ialah Jalan Belia yang mengambil sempena majlis bersejarah itu.

Kepimpinan Belia 4B Tebuk Mufrad saling datang dan pergi. Bakat dan tokoh muda menyandang jawatan Ketua Belia 4B Tebuk Mufrad antaranya En Shobar B. Hj Khabib diera 70an, En Maspol Selamat diawal tahun 80an dan En Hussin Kasidi diakhir 80an. Pada tahun 90an pimpinan belia dibawah teraju En Masdor Dalion dan telah diambil alih oleh Ketua Belia sekarang En Azli Suradi pada tahun 2003. Mesyuarat Agong Gerakan Belia 4B 2003 itu telah memberikan tanggungjawab kepimpinan untuk disandang oleh generasi baru anak wawasan.Uniknya pemimpin belia 4B Tebok Mufrad ini ialah peralihan kuasa secara demokrasi undur diri.

Kini Belia 4B Tebuk Mufrad mempunyai satu hala tuju baru untuk membangunkan para belia dari segi rohani dan agama yang boleh membimbing hidup sempurna dan sahsiah cemerlang. Semoga matlamat ini dapat membangun insan yang sempurna dunia dan akhirat. Gandingan mantap para pimpinan belia 4B Tebok Mufrad semakin terserlah keserasiannya dengan beberapa anugerah yang dimenangi pada tahun 2005. Antaranya ialah Johan Anugerah Belia Perdana Peringkat daerah Sabak Bernam dan ke 3 Anugerah Belia Perdana Peringkat negeri Selangor. Pada tahun 2006 telah menjadi naib johan Anugerah Belia Negara negeri Selangor. Ternyatalah Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad merupakan wadah untuk pemimpin muda di desa ini mengilap bakat kepemimpinannya. Kepimpinan belia kini telah berubah lagi sejajar dengan akta Belia 2007 oleh Kementerian Belia dan Sukan yang menghendaki pemimpin belia berusia bawah 40 tahun. Saudara Rizam Bin Ismail telah dilantik secara rasmi didalam mesyuarat agung pada tahun 2007. Beliau adalah contoh belia yang rajin belajar dan berkerja berkerjasama memimpin.

Cabaran mewakili daerah Sabak Bernam pada tahun 2008 di dalam Anugerah Belia Perdana katogeri pertubuhan belia terus diserlahkan dengan kejayaan menjadi Johan peringkat negeri Selangor. Ia adalah kejayaan paling gemilang persatuan ini. Pada tahun 2009 ini, sekali lagi para belia di desa ini ingin membuktikan bahawa orang muda juga boleh berjaya seperti pemimpin terdahulu.

Saturday, January 24, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Kepada semua yang meraikan perayaan ini saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA semoga tahun ini akan memberikan lebih kebahagian, kesempurnaan dan kekayaan.

Friday, December 26, 2008




Gratisan Musik

ANDAIKU TAHU (UNGU )

Andai kutahu kapan tiba ajalku

Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan

umurkuAndai kutahu kapan tiba masaku

Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa2ku

Aku takut dosa yang terus membayangiku


Andaiku tahu malaikat Mu kan menjemput ku

Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu

Aku takut akan semua dosa2 ku

Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa2 ku

Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu


Aku manusia Yang takut neraka

Namun aku juga tak pantas di syurga

Andai ku tahu kapan tiba ajalku

Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu


Aku takut akan semua dosa2 ku

Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa2ku

Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu

Tuesday, December 16, 2008

Kursus Kepimpinan Belia dan Lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang

Pada 14 dan 15 Disember 2008 yang lalu, pertubuhan gerakan belia 4B Tebuk Mufrad telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Belia dan Lawatan Sambil belajar ke Pulau Pinang. Semua AJK dan ahli belia yang bertuah di Tebuk Mufrad telah menyertainya. Perjalanan dimulakan pada 12.35 malam Ahad 14 Disember. Saya sebagai setiausaha telah bertolak awal sehari untuk memastikan perjalanan program ini sempurna. Tempat kursus diadakan ialah di Golden Sands Resort, Batu Feringgi... Best betul, Memang bertuah AJK kali ini. Ini semua dengan komitmen untuk menjadi Johan Anugerah Belia Perdana 2009 peringkat kebangsaan nanti....

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pn Norwinah Bt Narawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Turut hadir bersama ialah En Nordin B. Abas, orang yang banyak membantu persatuan ini. Terima kasih kepada mereka semua.

Sambil melawat, bersiar-siar, mandi manda dikolam, kami juga tidak lupa mengadakan program percambahan minda untuk merancang aktiviti-aktiviti biro yang akan dilaksanakan pada 2009 nanti. Persatuan ini mesti mendahului daripada persatuan lain... Berbagai hasilan yang positif telah diperolehi.

Turut terlibat membantu kami ialah pengerak rakan muda Norazimah Bt YusoF dan NorAshikin Bt Damin. Terima kasih juga kepada mereka. Semoga antara persatuan ini dengan mereka sentiasa ada tolong menolongnya.

Dan akhirnya kursus ini diakhiri dengan lawatan ke KOMTAR, Perangin Mall, Pesta Pulau PInang dan yang tak sempat ialah Queensbay. Nampaknya program ini amat berjaya. Terima kasih kepada semua.

Friday, December 12, 2008

SUKANEKA BERSAMA TADIKA TEBUK MUFRAD

iNI MERUPAKAN kerjasama dan persefakatan antara belia, warga kampung dan kanak-kanak. Maklum le kita orang ni memang suka terlibat dengan sukan-sukan ni. Oleh itu kami AJK Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad tak kisah apabila diminta memberi kerjasama.
Tahun 2009 pun kita akan terus berkerjasama. tak kira le dengan sesiapa pun. Kata orang.... TOLONG MENOLONG bantu Membantu....

SUMBANGAN KEPADA WARGA TUA



Sempena Ramadhan Al Mubarak, Pertubuhan gerakan belia 4B Tebuk Mufrad telah mengadakan sumbangan kepada warga tua dan kurang upaya di seluruh kampung Tebuk Mufrad. Acara ini turut dihadiri oleh Pn Norwiyah Bt Nahrawi. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam.

Friday, October 10, 2008

SALAM AIDIL FITRI




Assalamualaikum...
Sempena Aidil Fitri yang mulia ini
saya hulurkan tangan memohon ampun maaf
zahir dan batin kepada semua yang mengenali
diri ini tak kira dimana berada diatas segala
kesalahan dan kesilapan yang
pernah dilakukan sebagai seorang insan yang
sering melakukan kesilapan.

Sempena Aidil Fitri ini juga saya
menadah tangan kehadrat Illahi agar semua
sahabat, rakan-rakan dan semua kenalan saya
sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki,
didikurniakan keselamatan dunia dan akhirat.

Akhirnya sekali lagi
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
daripada
Muhammad Zailani B. Somingan