Sunday, May 31, 2009

Pada pagi 30 Mei slot ceramah 1 di dalam Kusus Patriotisme Kepimpinan Belia anjuran Pejabat Belia dan Sukan Sabak Bernam dan belia 4B Tebuk Mufrad diteruskan dengan tajuk Peranan dan tanggung jawab generasi muda . Kursus itu telah diadakan di Pangkor Indah Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan ini memang best. Tempatnya selesa..... Dibawah ini adalah beberapa gambar semasa slot 1 oleh Cikgu Zailani Somingan sedang dijalankan. Boleh tahan jugak le... Menginsafkan..
Peserta kursus itu ialah para belia yang berumur 17 hingga 40 tahun. Pada sessi ini penceramah telah menjalankan aktiviti kumpulan dengan menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan sambil menuliskan peranan belia. Tapi memang para belia didalam kursus ini amat kreatif. Saksikan gambar-gambar mereka sedang membuat perbincangan. Tugasannya ialah setiap kumpulan perlu mengandingkan tangan dikertas mahjong dan setiap ahli memberikan peranan dan tanggung jawab mereka kepada diri sendiri.
Berbagai kreativiti telah ditonjolkan untuk menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan agar hasilnya menarik.
Slot itu diakhiri dengan sessi pembentangan. Maka amat bertuah lah kepada yang berani memberikan komunikasi dihadapan dengan baik di sessi ini. Slot ke 2 pagi ini ialah Sejarah Kemerdekaan Malaysia dikendalikan oleh Cikgu Azli Suradi. Beliau memang berkepakaran didalam sejarah kerana beliau cukup berpengalaman.

Slot Ceramah ke3 pada hari ini diteruskan lagi dengan Ceramah oleh YM Raja Zainal Abidin B. Raja Mahmud. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengaruh budaya global. Selesai slot ceramah beliau semua peserta berhenti rehat, makan tengah hari, solah zohor dan akan diteruskan lagi pada jam 2.30 petang

Sessi petang pula Cikgu Zool Fadli Said telah mengambil giliran untuk meneruskan slot ceramahnya yang bertajuk Keperihatinan Sosial & Kesukarelaan

Hari kedua kursus dimulakan seawal 5.00 pagi. Alamak... kepada yang tak biasa bangun cepat tu memang le liat sikit. Senaman Pagi dan kemudian joging di pesisir pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Best betul.... Udara segar le katakan.

Selepas senaman apa lagi... Semua peserta menjamah sarapan pagi. Tengah lapar, Ngap saja le... Ini lah gambar peserta yang tengah menikmati sarapan pagi di lobi Pangkor Indah Beach Resort.
Terima kasih juga kepada semua urusetia yang telah menjayakan Kursus ini yang terdiri daripada AJK Belia 4B Tebuk Mufrad dan JPAM Sabak Bernam. Ini adalah antara gambar-gambar menarik sepanjang hari kursus ini.


KURSUS PATRIOTISME KEPIMPINAN BELIA 2009

Hai... Apa khabar semua para pembaca. Semoga sihat sejah tera.
Kepada para peserta kursus di Pangkor Indah Beach Resort pada 29 hingga 31 Mei yang lalu semoga anda semua still ceria. Oh ye... Tahniah kepada anda semua kerana berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.
Kursus ini dimulakan dengan Ice Breaking dan suai kenal yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Zailani Somingan. Berbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah sampul surat cinta, cari kumpulan dengan bunyi binatang dan sebagainya.
Pada hari pertama kursus ini diadakan juga Majlis Perasmian Pembukaan yang telah dirasmikan oleh Saudara Rizam Ismail, Ketua Belia 4B Tebuk Mufrad merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Sabak Bernam

Sepanjang kursus Patriotisme kepimpinan belia ini semua peserta mestilah memulakan sesuatu acara dengan menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Belia Selangor. Baru le patriotik kan...