Wednesday, October 14, 2009

Mesyuarat Agung 2009

Hai... Para belia 4B Tebuk Mufrad sekalian.
Ini adalah beberapa gambar semasa mesyuarat agong yang lalu.
Sebagai kenangan dan tatapan.
Perasmian telah dilakukan oleh Pegawai Belia Daerah Sabak Bernam, Pn Norwinah Bt Narawi. Terima kasih diatas kehadiran beliau.
Ini pula ialah pemerhati kawasan En Azlan Sani dan En Ismail Marjunid.
Semoga Belia 4B Tebuk Mufrad akan terus maju dan berjaya.

Tuesday, June 2, 2009

Pada hari ke3 kursus aktiviti semakin santai, para peserta selepas sarapan dikehendaki membuat khidmat amal kemasyarakatan. Gotong royong kutip sampai bersihkan pantai.. Ini le jasa peserta kursus patriotisme kepada pantai teluk nipah, pulau pangkor. Terima kasih kepada peserta kursus ye....


akhirnya selepas 3 hari 2 malam menjadi penghuni sementara di Pulau Pangkor maka semua peserta Kursus Patriotisme kepimpinan Belia 2009 akan berpisah. Sedih, sebak, sayu dan bermacam-macam perasaan pun ada. Eya lah... anda semua telah bersusah payah dan bersepakat semasa berkursus kat sini.. Ini antara gambar yang terakam yg dapat menjadi cerita kisah kami...

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En Rizam Ismail selaku ketua Belia 4B Tebuk murfad. Saat-saat perpisahan semakin hampir.... Tak percaya tengok le.. peserta kursus lelaki ni... semunya sugul.


Akhirnya tepat jam 12.30 tengah hari kami meninggalkan resort yang mempunyai 1001 kenangan manis ini. Selamat tinggal Pangkorrrrr....

Pangkorrrrr.... Kami akan datang lagi. Kepada semua peserta kursus ini adalah lagu tema dan semangat yang kita nyanyikan pada setiap kali slot dan aktiviti. Untuk download sila klik dibawah dan ikut arahan seterusnya. Bye.... Jumpa lagi.

Download lagu Belia Selangor


Sunday, May 31, 2009

Pada pagi 30 Mei slot ceramah 1 di dalam Kusus Patriotisme Kepimpinan Belia anjuran Pejabat Belia dan Sukan Sabak Bernam dan belia 4B Tebuk Mufrad diteruskan dengan tajuk Peranan dan tanggung jawab generasi muda . Kursus itu telah diadakan di Pangkor Indah Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan ini memang best. Tempatnya selesa..... Dibawah ini adalah beberapa gambar semasa slot 1 oleh Cikgu Zailani Somingan sedang dijalankan. Boleh tahan jugak le... Menginsafkan..
Peserta kursus itu ialah para belia yang berumur 17 hingga 40 tahun. Pada sessi ini penceramah telah menjalankan aktiviti kumpulan dengan menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan sambil menuliskan peranan belia. Tapi memang para belia didalam kursus ini amat kreatif. Saksikan gambar-gambar mereka sedang membuat perbincangan. Tugasannya ialah setiap kumpulan perlu mengandingkan tangan dikertas mahjong dan setiap ahli memberikan peranan dan tanggung jawab mereka kepada diri sendiri.
Berbagai kreativiti telah ditonjolkan untuk menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan agar hasilnya menarik.
Slot itu diakhiri dengan sessi pembentangan. Maka amat bertuah lah kepada yang berani memberikan komunikasi dihadapan dengan baik di sessi ini. Slot ke 2 pagi ini ialah Sejarah Kemerdekaan Malaysia dikendalikan oleh Cikgu Azli Suradi. Beliau memang berkepakaran didalam sejarah kerana beliau cukup berpengalaman.

Slot Ceramah ke3 pada hari ini diteruskan lagi dengan Ceramah oleh YM Raja Zainal Abidin B. Raja Mahmud. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengaruh budaya global. Selesai slot ceramah beliau semua peserta berhenti rehat, makan tengah hari, solah zohor dan akan diteruskan lagi pada jam 2.30 petang

Sessi petang pula Cikgu Zool Fadli Said telah mengambil giliran untuk meneruskan slot ceramahnya yang bertajuk Keperihatinan Sosial & Kesukarelaan

Hari kedua kursus dimulakan seawal 5.00 pagi. Alamak... kepada yang tak biasa bangun cepat tu memang le liat sikit. Senaman Pagi dan kemudian joging di pesisir pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Best betul.... Udara segar le katakan.

Selepas senaman apa lagi... Semua peserta menjamah sarapan pagi. Tengah lapar, Ngap saja le... Ini lah gambar peserta yang tengah menikmati sarapan pagi di lobi Pangkor Indah Beach Resort.
Terima kasih juga kepada semua urusetia yang telah menjayakan Kursus ini yang terdiri daripada AJK Belia 4B Tebuk Mufrad dan JPAM Sabak Bernam. Ini adalah antara gambar-gambar menarik sepanjang hari kursus ini.


KURSUS PATRIOTISME KEPIMPINAN BELIA 2009

Hai... Apa khabar semua para pembaca. Semoga sihat sejah tera.
Kepada para peserta kursus di Pangkor Indah Beach Resort pada 29 hingga 31 Mei yang lalu semoga anda semua still ceria. Oh ye... Tahniah kepada anda semua kerana berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.
Kursus ini dimulakan dengan Ice Breaking dan suai kenal yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Zailani Somingan. Berbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah sampul surat cinta, cari kumpulan dengan bunyi binatang dan sebagainya.
Pada hari pertama kursus ini diadakan juga Majlis Perasmian Pembukaan yang telah dirasmikan oleh Saudara Rizam Ismail, Ketua Belia 4B Tebuk Mufrad merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Sabak Bernam

Sepanjang kursus Patriotisme kepimpinan belia ini semua peserta mestilah memulakan sesuatu acara dengan menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Belia Selangor. Baru le patriotik kan...

Sunday, March 15, 2009

Belia Yang Hebat


Hai... Apa khabar semua. Minggu ini adalah minggu cuti persekolahan. Ramai anak muda dan para ahli belia yang akan berada dikampung. Jadi kita boleh le bertukar-tukar cerita. Oh ye... jgn lupa ye kita memenuhkan masa cuti ini dengan lepak kat perpustakaan desa tebuk mufrad. Boleh baca buku... Boleh melayari internet dan mcm macam benda erfaedah lagi. Gambar diatas tu adalah gambar semasa majlis Anugerah Belia Negara tempoh hari. Bersama panel hakim.... Ok apa pun terima ksaih kepada semua yang telah berkerja bersama-sama untuk persatuan ini. I love you all..... Bye

Saturday, February 28, 2009

Profil Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad

Hai.. Apa khabar semua. Terima kasih kepada semua yang memberikan support kepada belia ini sepanjang Majlis penghakiman Anugerah Belia Negara 2009 pada 22.2.2009 yang lalu. Ternyata puas hati.
Oh ye... Ada juga yang mintak tengok profail pertubuhan belia. Tengok boleh, dan kepada sesiapa yang nak memiliki kami tak ada budget untuk itu. Tapi jangan risau. Persatuan ini memang baik hati... Terutamanya setiausahanya le. Ini kami bagi FREE. Anda down load dan print. Boleh buat rujukan, boleh buat panduan.

DOWNLOAD kat sini ye.

DOWNLOAD

kalau nak gambar-gambar pun boleh klik aje kat gambar tu dan save as picture. hantar kat kedai suruh dia print. OK Bye untuk kali ini.

Thursday, February 26, 2009

Majlis Penghakiman Anugerah Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Selangor

Hai...
Kepada seluruh belia 4B Tebuk Mufrad pada 22 Februari 2009 adalah saat yang paling bermakna untuk persatuan kita. Telah diadakan Majlis Penghakiman Anugerah Belia Negara 2009 peringkat negeri Selangor. Ini ada gambar kenangan untuk kita tatapi. OK korang semua memang best dan menyeronokkan. Jika macam ini saya yakin kita akan jadi JOHAN lagi.... Belia Tebuk Mufrad memang BEST..
Sabar menanti... Seluruh penduduk kampung turut berkerjasama

Paluan kompang mengiringi kehadiran juri...

Barisan juri yang adil dan yang akan menobatkan belia kita untuk
menjadi Johan bagi tahun 2009

Penuh warna warni.... Majlis perasmian oleh Tn Hj Abd Halim Udin

Saturday, February 21, 2009

Persiapan menjelang Penghakiman Anugerah Belia

Kesungguhan dan kegigihan rakan-rakan dalam membuat persiapan untuk Anugerah Belia Perdana Negeri Selangor diucapkan ribuan terima kasih.

Friday, February 13, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009

Pada 30 Januari 2009 yang lalu, Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad telah mengadakan mesyuarat agung tahunan. Ia berdasarkan akta belia 2007 yang meminta persatuan mengikut perlembagaan persatuan. Belia 4B mesti bermesyuarat sebelum 31 Mac tiap-tiap tahun. Maka AJK persatuan ini telah bermesyuarat. Tahniah kepada mereka yang datang. Ini baru betul-betul belia. Umurnya antara 16 hingga 40 tahun sahaja.

Sunday, February 8, 2009

SEJARAH AWAL PENUBUHAN PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B TEBUK MUFRAD

Sejarah awal Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad dipelopori oleh dua orang anak muda tokoh yang aktif iaitu Tn Hj Ismail B. Hj Zakaria dan Tn Hj Darno Hj Shukor. Pada ketika itu persatuan ini amat aktif dengan pelbagai projek ekonomi belia sehingga berjaya menjemput Menteri Belia dan Sukan ketika itu Dato Ali Ahmad merasmikan projek tanaman koko di kampung ini. Antara peninggalan mereka ialah Jalan Belia yang mengambil sempena majlis bersejarah itu.

Kepimpinan Belia 4B Tebuk Mufrad saling datang dan pergi. Bakat dan tokoh muda menyandang jawatan Ketua Belia 4B Tebuk Mufrad antaranya En Shobar B. Hj Khabib diera 70an, En Maspol Selamat diawal tahun 80an dan En Hussin Kasidi diakhir 80an. Pada tahun 90an pimpinan belia dibawah teraju En Masdor Dalion dan telah diambil alih oleh Ketua Belia sekarang En Azli Suradi pada tahun 2003. Mesyuarat Agong Gerakan Belia 4B 2003 itu telah memberikan tanggungjawab kepimpinan untuk disandang oleh generasi baru anak wawasan.Uniknya pemimpin belia 4B Tebok Mufrad ini ialah peralihan kuasa secara demokrasi undur diri.

Kini Belia 4B Tebuk Mufrad mempunyai satu hala tuju baru untuk membangunkan para belia dari segi rohani dan agama yang boleh membimbing hidup sempurna dan sahsiah cemerlang. Semoga matlamat ini dapat membangun insan yang sempurna dunia dan akhirat. Gandingan mantap para pimpinan belia 4B Tebok Mufrad semakin terserlah keserasiannya dengan beberapa anugerah yang dimenangi pada tahun 2005. Antaranya ialah Johan Anugerah Belia Perdana Peringkat daerah Sabak Bernam dan ke 3 Anugerah Belia Perdana Peringkat negeri Selangor. Pada tahun 2006 telah menjadi naib johan Anugerah Belia Negara negeri Selangor. Ternyatalah Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad merupakan wadah untuk pemimpin muda di desa ini mengilap bakat kepemimpinannya. Kepimpinan belia kini telah berubah lagi sejajar dengan akta Belia 2007 oleh Kementerian Belia dan Sukan yang menghendaki pemimpin belia berusia bawah 40 tahun. Saudara Rizam Bin Ismail telah dilantik secara rasmi didalam mesyuarat agung pada tahun 2007. Beliau adalah contoh belia yang rajin belajar dan berkerja berkerjasama memimpin.

Cabaran mewakili daerah Sabak Bernam pada tahun 2008 di dalam Anugerah Belia Perdana katogeri pertubuhan belia terus diserlahkan dengan kejayaan menjadi Johan peringkat negeri Selangor. Ia adalah kejayaan paling gemilang persatuan ini. Pada tahun 2009 ini, sekali lagi para belia di desa ini ingin membuktikan bahawa orang muda juga boleh berjaya seperti pemimpin terdahulu.

Saturday, January 24, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Kepada semua yang meraikan perayaan ini saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA semoga tahun ini akan memberikan lebih kebahagian, kesempurnaan dan kekayaan.