Sunday, February 8, 2009

SEJARAH AWAL PENUBUHAN PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B TEBUK MUFRAD

Sejarah awal Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad dipelopori oleh dua orang anak muda tokoh yang aktif iaitu Tn Hj Ismail B. Hj Zakaria dan Tn Hj Darno Hj Shukor. Pada ketika itu persatuan ini amat aktif dengan pelbagai projek ekonomi belia sehingga berjaya menjemput Menteri Belia dan Sukan ketika itu Dato Ali Ahmad merasmikan projek tanaman koko di kampung ini. Antara peninggalan mereka ialah Jalan Belia yang mengambil sempena majlis bersejarah itu.

Kepimpinan Belia 4B Tebuk Mufrad saling datang dan pergi. Bakat dan tokoh muda menyandang jawatan Ketua Belia 4B Tebuk Mufrad antaranya En Shobar B. Hj Khabib diera 70an, En Maspol Selamat diawal tahun 80an dan En Hussin Kasidi diakhir 80an. Pada tahun 90an pimpinan belia dibawah teraju En Masdor Dalion dan telah diambil alih oleh Ketua Belia sekarang En Azli Suradi pada tahun 2003. Mesyuarat Agong Gerakan Belia 4B 2003 itu telah memberikan tanggungjawab kepimpinan untuk disandang oleh generasi baru anak wawasan.Uniknya pemimpin belia 4B Tebok Mufrad ini ialah peralihan kuasa secara demokrasi undur diri.

Kini Belia 4B Tebuk Mufrad mempunyai satu hala tuju baru untuk membangunkan para belia dari segi rohani dan agama yang boleh membimbing hidup sempurna dan sahsiah cemerlang. Semoga matlamat ini dapat membangun insan yang sempurna dunia dan akhirat. Gandingan mantap para pimpinan belia 4B Tebok Mufrad semakin terserlah keserasiannya dengan beberapa anugerah yang dimenangi pada tahun 2005. Antaranya ialah Johan Anugerah Belia Perdana Peringkat daerah Sabak Bernam dan ke 3 Anugerah Belia Perdana Peringkat negeri Selangor. Pada tahun 2006 telah menjadi naib johan Anugerah Belia Negara negeri Selangor. Ternyatalah Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad merupakan wadah untuk pemimpin muda di desa ini mengilap bakat kepemimpinannya. Kepimpinan belia kini telah berubah lagi sejajar dengan akta Belia 2007 oleh Kementerian Belia dan Sukan yang menghendaki pemimpin belia berusia bawah 40 tahun. Saudara Rizam Bin Ismail telah dilantik secara rasmi didalam mesyuarat agung pada tahun 2007. Beliau adalah contoh belia yang rajin belajar dan berkerja berkerjasama memimpin.

Cabaran mewakili daerah Sabak Bernam pada tahun 2008 di dalam Anugerah Belia Perdana katogeri pertubuhan belia terus diserlahkan dengan kejayaan menjadi Johan peringkat negeri Selangor. Ia adalah kejayaan paling gemilang persatuan ini. Pada tahun 2009 ini, sekali lagi para belia di desa ini ingin membuktikan bahawa orang muda juga boleh berjaya seperti pemimpin terdahulu.

1 comment:

Anonymous said...

Platform terbaik bagi para belia memajukan diri dalam berbagai bidang. Bermula berpesatuan, kemudian kembangkan permuafakatan ini dlam bentuk yg lebih besar lagi. Seperti contoh, membina perniagaan yg seterusnya boleh membantu orang melayu yg lain.
View Profile: Rantong