Ini adalah beberapa gambar semasa mesyuarat agong yang lalu.
Sebagai kenangan dan tatapan.

akhirnya selepas 3 hari 2 malam menjadi penghuni sementara di Pulau Pangkor maka semua peserta Kursus Patriotisme kepimpinan Belia 2009 akan berpisah. Sedih, sebak, sayu dan bermacam-macam perasaan pun ada. Eya lah... anda semua telah bersusah payah dan bersepakat semasa berkursus kat sini.. Ini antara gambar yang terakam yg dapat menjadi cerita kisah kami...


Akhirnya tepat jam 12.30 tengah hari kami meninggalkan resort yang mempunyai 1001 kenangan manis ini. Selamat tinggal Pangkorrrrr....

Pangkorrrrr.... Kami akan datang lagi. Kepada semua peserta kursus ini adalah lagu tema dan semangat yang kita nyanyikan pada setiap kali slot dan aktiviti. Untuk download sila klik dibawah dan ikut arahan seterusnya. Bye.... Jumpa lagi.
Peserta kursus itu ialah para belia yang berumur 17 hingga 40 tahun. Pada sessi ini penceramah telah menjalankan aktiviti kumpulan dengan menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan sambil menuliskan peranan belia. Tapi memang para belia didalam kursus ini amat kreatif. Saksikan gambar-gambar mereka sedang membuat perbincangan. Tugasannya ialah setiap kumpulan perlu mengandingkan tangan dikertas mahjong dan setiap ahli memberikan peranan dan tanggung jawab mereka kepada diri sendiri.
Berbagai kreativiti telah ditonjolkan untuk menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan agar hasilnya menarik.
Slot itu diakhiri dengan sessi pembentangan. Maka amat bertuah lah kepada yang berani memberikan komunikasi dihadapan dengan baik di sessi ini. Slot ke 2 pagi ini ialah Sejarah Kemerdekaan Malaysia dikendalikan oleh Cikgu Azli Suradi. Beliau memang berkepakaran didalam sejarah kerana beliau cukup berpengalaman.
Slot Ceramah ke3 pada hari ini diteruskan lagi dengan Ceramah oleh YM Raja Zainal Abidin B. Raja Mahmud. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengaruh budaya global. Selesai slot ceramah beliau semua peserta berhenti rehat, makan tengah hari, solah zohor dan akan diteruskan lagi pada jam 2.30 petang
Selepas senaman apa lagi... Semua peserta menjamah sarapan pagi. Tengah lapar, Ngap saja le... Ini lah gambar peserta yang tengah menikmati sarapan pagi di lobi Pangkor Indah Beach Resort.
Terima kasih juga kepada semua urusetia yang telah menjayakan Kursus ini yang terdiri daripada AJK Belia 4B Tebuk Mufrad dan JPAM Sabak Bernam. Ini adalah antara gambar-gambar menarik sepanjang hari kursus ini.


Sejarah awal Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad dipelopori oleh dua orang anak muda tokoh yang aktif iaitu Tn Hj Ismail B. Hj Zakaria dan Tn Hj Darno Hj Shukor. Pada ketika itu persatuan ini amat aktif dengan pelbagai projek ekonomi belia sehingga berjaya menjemput Menteri Belia dan Sukan ketika itu Dato Ali Ahmad merasmikan projek tanaman koko di kampung ini. Antara peninggalan mereka ialah Jalan Belia yang mengambil sempena majlis bersejarah itu.
Kepimpinan Belia 4B Tebuk Mufrad saling datang dan pergi. Bakat dan tokoh muda menyandang jawatan Ketua Belia 4B Tebuk Mufrad antaranya En Shobar B. Hj Khabib diera 70an, En Maspol Selamat diawal tahun 80an dan En Hussin Kasidi diakhir 80an. Pada tahun 90an pimpinan belia dibawah teraju En Masdor Dalion dan telah diambil alih oleh Ketua Belia sekarang En Azli Suradi pada tahun 2003. Mesyuarat Agong Gerakan Belia 4B 2003 itu telah memberikan tanggungjawab kepimpinan untuk disandang oleh generasi baru anak wawasan.Uniknya pemimpin belia 4B Tebok Mufrad ini ialah peralihan kuasa secara demokrasi undur diri.
Kini Belia 4B Tebuk Mufrad mempunyai satu hala tuju baru untuk membangunkan para belia dari segi rohani dan agama yang boleh membimbing hidup sempurna dan sahsiah cemerlang. Semoga matlamat ini dapat membangun insan yang sempurna dunia dan akhirat. Gandingan mantap para pimpinan belia 4B Tebok Mufrad semakin terserlah keserasiannya dengan beberapa anugerah yang dimenangi pada tahun 2005. Antaranya ialah Johan Anugerah Belia Perdana Peringkat daerah Sabak Bernam dan ke 3 Anugerah Belia Perdana Peringkat negeri Selangor. Pada tahun 2006 telah menjadi naib johan Anugerah Belia Negara negeri Selangor. Ternyatalah Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad merupakan wadah untuk pemimpin muda di desa ini mengilap bakat kepemimpinannya. Kepimpinan belia kini telah berubah lagi sejajar dengan akta Belia 2007 oleh Kementerian Belia dan Sukan yang menghendaki pemimpin belia berusia bawah 40 tahun. Saudara Rizam Bin Ismail telah dilantik secara rasmi didalam mesyuarat agung pada tahun 2007. Beliau adalah contoh belia yang rajin belajar dan berkerja berkerjasama memimpin.
Cabaran mewakili daerah Sabak Bernam pada tahun 2008 di dalam Anugerah Belia Perdana katogeri pertubuhan belia terus diserlahkan dengan kejayaan menjadi Johan peringkat negeri Selangor. Ia adalah kejayaan paling gemilang persatuan ini. Pada tahun 2009 ini, sekali lagi para belia di desa ini ingin membuktikan bahawa orang muda juga boleh berjaya seperti pemimpin terdahulu.